Sunday 28 March 2010

Logo? tapi..

Alamak lupa nak buang tanda campur tu..takpe lah, ni hanyalah contoh sulaman yang dah siap bila di sulam..Gini le rupe nyee..SMS kat diorang dulu sebelum saya e-mail sulamannya. Torture betul wat 'logo' ni..4 kali gak sulam..baru dapat yang 'final'..confirm!! Lebih cepat buat logo perkis lagi, sekali je saya sulam. Yang ni..adush! Tinggi perkataan ni 1 inch. Diorang nak;
  1. PERKASA satu hoop B
  2. TEK satu hoop B
  3. saiz perkataan 1.5 inch
1.5 inch tak muat hoop B. 1 inch bley.. So,.. guna 2 hoop B, untuk dapatkan melengkung cam gini. 42 minit Perkasa dan 11 minit Tek. Ambik nko..Dah email tadi petang.
Rasanya nak kena ada TuTORIAL gak lah. Cara-cara nak copy attach file masuk ke pendrive dan ke mesin.. Bila nak buat..Sapa nak buatkan..SIFU tolon.. tolon

Saturday 27 March 2010

margaret bag

Margaret bag
Saya memang dah lama nak buat bag ni..tapi selalu je tangguh2. Kebetulan, Pn.Aminah order beg cam ni, siap  bagi design kat saya lagi. Sebelum buat dia punya kenalah buat dulu..sebab saya tak pernah buat pun..Okey saya dapat tutorial margaret bag ni di sini .Ikut je tutorial dia..mesti boleh buat. Cuma tali beg ni besar sangat. Bila buat sekali lagi, kena bega2 ikut kesesuaian anatomi kita. Beg ni reversible gitu..best!!,  bley tukar2..Dua2 kain ni dari Fella Design.

Wednesday 24 March 2010

Set tote bag dan pencil box

Yang ni pulak untuk Noor Zawani, nak guna ke sekolah ren agama. Jadi saiznya pun saya buatkan supaya boleh muat saiz buku-buku sekolah dia. 1 poket kecil kat dalam. Dia idamkan gambar bunga ros dan 2 ekor rama-rama. Sedondon dengan pencil box dia. Fabrik jeans ni adalah stok saya yang terakhir. Susah nak dapatkan fabrik ni lagi..emm alahai..

Tote untuk file A4 size

Kak Syarifah nak saya buatkan tote bag ni.
  1. .boleh isi A4 size file 
  2. 1poket kat dalam dan satu kat luar.
  3. berzip jugak..
  4. Dia nak design bunga-bungaan
  5. simple

Tuesday 23 March 2010

so yummy for my tummy.


A piece of cake..emm yummy..Ini antara koleksi pincushion yang dah lama saya buat. Terasa nak wat posting hari ni..sebab saya jumpa pincushion yang sama disini (*alamak blog ni dah tutup plak*)  tapi buat daripada felt..Teringin nak wat gak. Sebenarnya ada hutang ngan seseorang for her birthday. Hopefully can give her as a birthday cake..this year

Saya follow the tutorial from here..tapi susah nak dapat kain polkadot..kalau ada kan lagi best..lagi yummy

Friday 19 March 2010

Michael Jackson foto click



Ini adalah permintaan dari peminat fanatik MJ. Dia nak sulam foto MJ ni kat baju -T dia. Emn..Baiklah; rasanya tak susah sangat nak dapatkan image MJ yang tersohor ni @internet. Jadi saya pilih yang ini. Sejam jugak mesin ni menyulam image MJ..Bila buat "foto click" ni saya guna 1 warna sahaja. Yes..This is it.. .Apa status MJ ni hah? islam ke dia? Hanya Allah yang tahu. R.I.P

Monday 15 March 2010

logo 1Malaysia


Yang ni Syamill; murid sekolah Bukit Rahman Putra. Dia request logo 1Malaysia. Patriotiknya budak sekolah zaman sekarang. Baguih! Baguih! rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan. Logo ni saya download disini. Terima kasih bagi free. Tapi saya tambah outline logo 1Malaysia tu.

Saturday 13 March 2010

logo PERKIS



Last Thu, Mac11 mula-mula cik Wani sms saya je..image ni. Tak nampak nama persatuan kakitangan islam s* ini @#$% ."S" apa ni yang saya tak nampak..apa hah, try "Sabah"..tak mengena, try 'perkis'..bukan. Macam2 perkis saya dapat..Lastly kena jugak cik Wani ni email saya. Tapi tak leh guna image ni..sebab image ni "melengkung" sebab..sebab lagi(berapa banyak sebab daaa...)kih..kih..sebab ni ambil guna handphone .OOO...rupa-rupanya S for Sirim. Tapi xdak jugak..or saya yang tak jumpa logo ni @intenet.So kenalah recal my 'technical skill" yang dah lama tak guna..Lukis pentagon dulu, baru lukis 5 circle..ni hasilnya setelah di stitch.Hope she will like it..Tadaa...

Box Bag


saya bagi nama "box bag" sebab kinda box jugak..patennya pun sama cam pencilbox. Cuma siz besar sikit..saya tak tahu Pn. Aminah ni nak letak apa..apa yag dia suruh saya buat;
1. Ikut contoh beg kecik yang dia punya tu (gambar kecil @tepi bawah)
2.ada poket kat depan dan belakang
3.tali nak panjang sampai hat perut.
emm..i dah follow apa yg dia hendak..Semoga ada tempahan lagi.

Thursday 11 March 2010

pencil box siti



yang ni adik Siti Nur Ain pulak..nak gambar hello kitty.Saya letak 1 je. Ada sebakul bunga-bungaan lagi. Ni idea dari budak2 sekarang..saya hanya realisasikan sahaja. Tapi banyak betul yang saya dapat nak letak 'love'.Are they in love?!@%# emmm...*

Wednesday 10 March 2010

pencil box siti


Adik Siti Aminah nak design cam ni..tapi banyak sangat dia lukis! Saya designkan apa yang dia nak tapi tak semualah. Gambar girl tu saya download di sini. Tapi saya dah ubah sikit tang mata dan mulut dia, to follow what she want. Harap web ni tak saman saya..Nak mintak kebenaran dioranglah cam ni.. ish!! takutlah kena saman. Yang kecik- kecik tu tak dapat nak nolong..kalau stitch pun bukannya nampak..Tulisan jawi saya tak boleh buat sebab saya tak ada font jawi..nak kena cari gak ni..
Harapnyee..dia sukee..dan belajar rajin-rajin :D